Menu


ISTERI TIDAK PUAS DIPANCUT SUAMI | Isteri tidak merasa pancutan air mani suami di dalam rahim dan tidak pernah puas dengan pancutan air mani suami.

SOALAN

SAYA berumur 40 tahun dan berkahwin 17 tahun. Masalah saya ialah isteri mengadu tidak puas dalam hubungan kelamin kerana sering gagal merasai pancutan air mani dalam rahim.

Bagaimanapun, isteri mencapai klimaks setiap kali melakukan hubungan kelamin, cuma dia tidak puas hati dengan pancutan air mani yang tidak terasa.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan semula pancutan hebat itu.

HISHAM
Kulai, Johor

JAWAPAN

Faraj wanita berkemampuan menghayati sensasi getaran, tekanan atau kekembangan dan sensasi sentuhan. Jika wanita itu biasa mendapat sensasi berkenaan, pasti dia terasa kekurangan kerana kurang menikmati sensasi kegemarannya walaupun hubungan kelamin itu dinamik serta lancar.

Jika pancutan air mani tidak dinamik, ia meleleh atau keluar tanpa tenaga dan jika faraj wanita longgar atau kurang langsing, perasaan kekembangan yang biasa dihayatinya tidak berlaku.

Bagi mendapatkan semula sensasi itu, wanita perlu menguatkan kemutan untuk mencengkam zakar pasangan dan pasangan pula perlu gerakkan ereksi dengan mengemut (cengkam otot lubang najis dan lubang kencing) sebelum berdayung dalam keadaan kemut dengan zakar kekal dalam faraj.

Ia bagi memastikan cengkaman faraj kepada zakar padat, seterusnya apabila lelaki itu klimaks, pancutan yang berlaku pasti keluar secara dinamik dan selanjutnya memberi perasaan pancutan, iaitu sensasi kekembangan kepada wanita.

Dinasihatkan anda dan pasangan amalkan senaman kemut atau Kegel supaya otot kemut kukuh, seterusnya menjamin hubungan seksual lebih menyelerakan.

1 comments:

  1. Pertanyaan atau soalan yang memalukan diri.. nie musti lelaki yang jenis kurang membaca dan kurang ikhtiar didalam untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang dia hadapi..
    Sepatutnye untuk dapatkan pancutan yang hebat dia mesti beli pam air dengan kekuatan 250 bar baru betul hahaha...
    K lah kita serius sikit..
    Pertama kenapa dia kurang pancutan.. ada 2 sebab. Seba pertama kuantiti sperm atau air mani dia sikit jadi macam mana nak pancut kalau ia sedikit.. atau yang kedua nye sebab tenaga pncutan dia lemah kerana tiada peneranan atau teran ketika sedang pancut. Untuk mendapat pancutan yang hebat dia kena teran.. untuk teran demi pancutan yang deras kena bersenam, senaman kegel iatu senaman kemutan hahaha
    Ohh tidak tidak.. aku lum kawen lagi.
    errr.., ada tisu tak .. hahaha

    ReplyDelete

 
Top