Menu

GAMBAR KAPAL TERBANG MASWINGS TERHEMPAS DI KUDAT SABAH | KOTA KINABALU: Sekurang-kurang tiga orang cedera apabila sebuah pesawat ringan jenis twin Otter milik MASWINGS tergelincir dari landasan dan merempuh sebuah rumah semasa mendarat di lapangan terbang Kudat di bahagian Utara Sabah.


Kejadian berlaku lebih kurang pada  2.55 Petang hari ini, 10 Oktober 2013. Menurut sumber, difahamkan juruterbang dan dua yang lain dalam keadaan parah manakala penumpang lain hanya mengalami kecederaan kecil. Terdapat 16 penumpang di dalam kapal terbang itu termasuk juruterbang.

Semua penumpang telah dikejarkan ke hospital Kudat untuk rawatan segera.

Pegawai MASWINGS ketika dihubungi mengatakan akan memberi info lanjut kerana masih dalam proses mengumpul maklumat sebelum memberikan kenyataan rasmi.

Spekulasi awal menyatakan bahawa pesawat tersebut terbabas akibat dilanda angin kencang.

Menurut ketua misi menyelamat, Abd Mujun, seramai 10 anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kira-kira jam 2.54 petang. 

Dilaporkan terdapat tumpahan minyak susulan nahas itu.










Pesawat twin otters MasWingS tergelincir dari landasan
Lokasi : Lapangan Terbang ,di Kg Sin San Kudat.
Jam 1455hrs
Individu terlibat 16 orang termasuk Juruterbang
p/s: Maklumat terkini tiada kemalangan jiwa dan difahamkan insiden ini berlaku kerana keadaan cuaca (angin) yang bertiup kencang
Mungkin berpunca daripada Tempias angin Kencang yang berlaku di Jepun.

UPDATE:

4.40PM - Bernama melaporkan 2 penumpang dalam kecederaan serius. 
5.00PM - 6 dilaporkan cedera dan 3 dalam keadaan parah.

TERKINI :

1 Terbunuh, 2 cedera parah, takziah kepada keluarga mangsa.

0 comments:

Post a Comment

 
Top