Menu


Banduan lelaki Dalam Penjara Ini Di Ajar Mengait Baju | Mungkin anda pernah membayangkan betapa seramnya di persekitaran di dalam penjara lelaki. Mereka merupakan orang-orang yang berkumpul dengan latar belakang yang cukup mengerikan. Ada yang datang sebagai pembunuh, perogol, pengganas, dadah dan sebagainya. Namun jika anda melihat suasana penjara di Brazil, mungkin anda tak pernah membayangkan jika penjara lelaki di sana jauh dari kata mengerikan. Para tahanan itu diajarkan kemahiran yang cukup unik yakni membuat rajutan untuk pakaian.

Pekerjaan yang serupa dengan aktiviti wanita ini tidak membuat para lelaki penuh tato yang ada di dalam penjara Arisvaldo de Campos Pires ini menjadi ganas. Mereka dengan semangat mengisi masa lapang dan kebosanan di dalam penjara dengan bekerja sebagai tukang jahit dan merajut pakaian.

Para tahanan lelaki tidak sekadar mengait, mereka mengait dan bekerja untuk label pakaian Doiselles, sebuah jenama fesyen mewah dengan harga yang terlalu tinggi. Dengan harga sangat mahal, sudah pasti pakaian ranjut yang dihasilkan mestilah sangat rapi, berkualiti tinggi tanpa cacat sedikit pun. Para tahanan ini bekerja dengan standard kualiti ketat dan diawasi oleh pihak Doiselles.

Para tahanan mengaku bekerja tanpa paksaan, lebih dari 100 jenayah menyertai dan sudah mengikuti pekerjaan ini selama kurang lebih 4 tahun. Rupanya kerja ini bukan pekerjaan yang sukar, semua hasil rajutan tangan-tangan kekar para banduan ini juga dipilih kembali. Hanya rajutan-rajutan yang terbaiklah yang akan diberi label Doiselles.






0 comments:

Post a Comment

 
Top