Menu


Keindahan Pantai Tersembunyi Di Mexico | Playa del Amor adalah sebuah pantai yang terletak di kepulauan Marierta, 41 kilometer barat daya Puerto Vallarta, Mexico. Pulau ini diyakini terbentuk beberapa abad silam akibat aktiviti gunung berapi di kawasan tersebut. Tidak hairan jika letaknya pun tersembunyi. Anda harus berenang sendiri melalui terowong pendek dengan kedalaman 6 meter untuk memasukinya.

Setelah berjaya melaluinya, anda akan menemui syurga terpencil dengan keindahan air pantai kristal berwarna biru, pasir putih yang sangat halus, dan terumbu karang yang indah. Keadaan alam seperti ini menjadikannya sebagai tempat yang sempurna untuk scuba diving atau menyelam.

Selain tidak berpenghuni, Ia adalah sebuah pantai tersembunyi yang begitu indah dan mempesona di Kepualauan ini.Playa de Amor atau yang dikenal dengan nama 'Hidden Beach' ini merupakan keajaiban alam yang unik dan menakjubkan.


Selama tahun 1900-an, kerajaan Mexico menyatakan bahawa pulau ini tak berpenghuni. Namun  mereka telah memanfaatkannya untuk aktiviti ketenteraan. Setelah bertahun-tahun, akhirnya para pencinta alam pun berjuang untuk melindungi pulau ini cara undang-undang.

Seorang pencita alam bernama Jacques Cousteau berjaya meyakinkan pihak berkuasa untuk memelihara pulau ini menjadi taman nasional yang dilindungi dari pemancing, memburu haiwan dan segala aktiviti manusia berbahaya yang lain.

Kini Playa de Amor dijaga agar tetap lestari dan tak berpenghuni.Selain itu pulau ini juga menjadi pusat perlindungan burung dan menjadi habitat bagi pelbagai spesis lautan. 



0 comments:

Post a Comment

 
Top